Shutter Speed (Kelajuan Shutter)

Hasil Pembelajaran:
Di akhir sesi pelajar dapat
  1. Mengenalpasti fungsi kelajuan shutter
  2. Menjelaskan perbezaan pada kelajuan shutter
Alat penutup dan pembuka lensa yang boleh diubahsuai dinamakan shutter.  Berfungsi mendedahkan filem kepada cahaya mengikut jangka masa tertentu. Kelajuan shutter bermakna berapa lama  kamera terbuka dan terdedah kepada cahaya untuk merakam sesuatu imej.
Kelajuan shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak Manakala kelajuan yang rendah seperti 1/10 akan merakam pergerakan objek dengan samar (blur).
Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan lensa kepada filem. Biasanya dikenali sebagai 1/60, 1/200. Tempoh ini dikira dalam unit saat. Shutter yang di buka dengan lama akan membenarkan lebih banyak cahaya masuk.
Shutter Speed laju 1/1 bermakna bukaan selama 1 saat. Manakala 1/4000 ialah 1 saat dibahagi 4000. Ini bermakna 1/1 merupakan shutter speed paling lama bukaannya. 1/4000 merupakan shutter speed paling laju.
Shutter yang perlahan, contohnya 1/15 mungkin akan menyebabkan gambar samar kerana tangan yang bergoyang. Untuk mengambil gambar statik menggunakan tangan , kebiasaannya dan minimumnya bacaan shutter speed 1/50 -1/100 diperlukan . Bagaimanapun ini tertakluk kepada teknik dan kekuatan tangan jurugambar.
shutter 2                        shutter3
shutter 4
shutter iso
Tips ubahsuai shuuter speed, aperture dan ISO
Sila rujuk -http://imaging.nikon.com/lineup/dslr/basics/04/02.htm
Resos:

Leave a comment