Panduan Membeli Kamera

Membeli DSLR (digital single lens reflect)

Oleh Simon Joinson, Dpreview

Dikemaskini Mei 2010

Diterjemah oleh mns.foto.jun.2016

 

Panduan Membeli SLR Digital?

dslr-1

Jadi anda telah memutuskan untuk melabur dalam kamera digital baru dan telah bertekad mahu meningkat kepada SLR digital tetapi keliru dengan pelbagai model yang ditawarkan dipasaran. Adakah pengenalan istilah-istilah teknikal baru menjadikan anda lebih pening kepala memikirkan yang mana sesuai untuk anda.  Usah bimbang, saya akan berkongsi secebis pengalaman dan membantu anda untuk memilih kamera idaman hati samada anda sesorang “newbie” atau sudah berpengalaman. Teruskan membaca.

Sebelum kita pergi lebuh jauh, saya nak tanya anda,  : mengapa ada orang yang mahu SLR Digital  (Digital Single Lens Reflex) sedangkan kamera digital kompak begitu jauh lebih kecil, lebih ringan, mudah guna dan murah? Jawapannya mungkin boleh disimpulkan dalam dua perkataan: serba boleh dan kualiti imej. Setuju ?

Kamera serba boleh sebenarnya bukan kerana anda boleh menukar lensa dan menambah pelbagai aksesori – seperti lampu kilat, alat kawalan jauh, penyaring, lensa telephoto atau lensa makro untuk membolehkan DSLR anda merakam flora dan fauna dari yang kecil hingga yang besar atau mendekati yang jauh tanpa perlu berada dekat dengannya. Ia juga berkenaan membenarkan anda untuk berkarya secara kreatif yang terjangkau oleh minda anda melalui komponen yang lebih maju dan berkualiti tinggi.

Faktor kedua kelebihan DSLR ialah kualiti gambar. Kualiti imajan dirakam disiang hari menggunakan kamera kompek dan DSLR tidak banyak menunjukan perbezaan.  Perbezaan kualiti antara kamera kompek yang baik dan DSLR digital adalah minimum; anda tidak boleh membezakan antara keduanya kerana kedua-duanya akan menghasilkan imajan yang tajam. Tetapi apabila anda mula untuk menolak sempadan lebih sedikit; mengambil gambar dalam cahaya rendah, cuba untuk merakam aksi sukan yang bergerak pantas atau hidupan liar, atau apabila anda ingin bereksperimen dengan medan kedalaman (dept-of-field) untuk membolehkan latar belakang yang lembut pada potret , kelebihan sensor yang lebih besar pada DSLR dan kepekaan ISO yang lebih tinggi mula menampakkan perbezaan yang besar.

DSLR tidak boleh mengalahkan kamera kompak untuk menetap dalam beg tangan wanita atau poket jeket anda, tetapi untuk fotografi serius DSLR akan sentiasa di perlukan. Dengan harga yang relatif semakin rendah dan dipenuhi ciri-ciri terkini, semua orang mampu memilikinya.

 

Apakah DSLR?

 

Reka bentuk asas fizikal SLR itu kekal tidak berubah selama lebih setengah abad. Nama itu sendiri, ‘Single Lens Reflex’, merujuk kepada cermin serong berengsel yang melantun imej dari lensa sehingga pemidang tilik untuk membolehkan anda melihat apa yang hendak dirakam.  Apabila pelepas pengatup (shutter) dipicit maka cermin tersebut pun melantun ke atas membenarkan cahaya menerjah permukaan filem atau sensor dan membenamkan imajan di situ.

 dslr
Pembentukan imej dalam  kamera DSLR

 

Apa yang anda perlukan?

 

Dengan begitu banyak DSLR di pasaran, pada paras harga yang berbeza, adalah lebih baik untuk anda mengecilkan pilihan dengan memikirkan apa ‘yang penting untuk anda, dan apa yang anda mahu lakukan dengan kamera tersebut. Adakah anda mahu jenis “point-and- shoot” sepertimana kamera kompek, atau anda ingin jadikan fotografi sebagai hobi serius, atau kamera sebagai alat berkarya untuk menghasilkan imajan berseni, atau sebagai jurugambar upahan untuk pelbagai majlis, mengambil gambar produk dan sukan. Pilihan DSLR adalah bergantung mengikut keperluan anda. Ada model kamera bertaraf “entry-level”, taraf  “mid-range” dan “professional camera”.  Begitu juga fungsi kamera tersebut, jika keutamaan anda adalah sukan dan merakam hidupan liar, maka bilangan imajan “frame per second (fpm)” patut jadi keutamaan. Jika minat anda lebih kepada pemandangan, “still life”, potret dan kerja-kerja studio kecepatan fpm  tidak menjadi keutamaan. Apakah anda perlukan sensor bersaiz full frame, sekadar APS-C atau four-third.  Semuanya bergantung kepada keperluan anda.

Jika anda kerap mengambil gambar dalam keadaan cahaya suram (low light) anda perlukan kamera berISO tinggi yang terkini dan system penstabil imajan dalam badan kamera, namun jika anda melakukan banyak tugasan studio, potret atau kerja makro, fungsi “live view” mungkin keutamaan dalam pilihan kamera.

Akhirnya terdapat pertimbangan praktikal yang perlu diambil kira; adakah anda memerlukan “pro body”, yang kalis cuaca dan kegunaan yang lasak? Adakah saiz dan berat kamera menjadi isu penting dalam pilihan anda? Adakah anda mempunyai aplikasi tertentu yang memerlukan lensa tertentu atau aksesori di luar lazim? Tidak semua kamera menawarkan system pengacipan lensa yang sama antara satu sama lain begitu juga sama tidak semua lensa serasi untuk semua jenis kamera. Begitu juga aksesori tambahan. Namun kebanyakan DSLR serasi dengan kebanyakan lensa dan aksesori asal yang direka dari jenama yang sama untuk kamera filem SLR, jadi jika anda sudah banyak melabur dalam sistem analog (filem) anda mungkin mahu berpegang kepada sistem yang sama  apabila anda bergerak ke digital.

Berbekalkan jawapan kepada persoalan ini anda boleh menggunakan maklumat di halaman ini untuk menyenarai pendek kamera yang memenuhi keperluan anda dengan sempurna.

 

Saiz Sensor

dslr-2

Mari kita lihat saiz fizikal CCD atau CMOS sensor yang digunakan untuk merakam imej-imej anda. Walaupun terdapat sedikit perbezaan, hampir semua sensor DSLR dikelompokan ke dalam salah satu daripada tiga kategori saiz (bermula dengan yang terbesar); Frame Penuh, APS-C dan Four-Thirds. Ada juga pendapat yang mengatakan saiz sensor tidak begitu penting, tetapi masih terdapat beberapa perbezaan. Yang pertama adalah apa yang dikenali sebagai ‘faktor pangkasan’.(rujuk rajah 3)  Seperti gambar rajah di bawah menunjukkan, sensor bersaiz  kecil ia menangkap kawasan yang lebih kecil daripada tempat kejadian, menyebabkan gambar yang kelihatan seperti ia telah diambil dengan lensa telephoto  (1.5x atau 1.6x lebih ganda untuk APS-C, 2x untuk Four-third).

dslr-3 dslr-4

Faktor pangkasan bukan isu utama bagi kebanyakan pengguna, tetapi ia mempunyai kesan yang penting bagi sesetengah orang. Jika anda membeli DSLR untuk menggantikan model filem kerana anda telah mempunyai sistem lengkap lensa sesuatu jenama kamera, imajan yang anda rakam akan berlainan dari kamera analog dulu kerana kesan pangkasan tersebut (Nota : APS-C Nikon, Sony, – 1.5X, Canon -1.6X , Ricoh, Olympus- four-third 2x. Ini bermakna lensa 50mm menjadi 50×1.5 =75mm dan seterusnya). Kecuali anda membeli kamera DSLR jenis full-frame – biasanya kamera ini berkualiti pro dan harganya pula mencecah RM 10 K ke atas.

APS-C adalah format yang paling biasa, yang digunakan oleh hampir semua jenama DSLR dari Canon, Nikon, Pentax dan Sony. Dengan faktor pangkasan 1.5x atau 1.6x anda memerlukan lensa digital khas untuk mendapatkan lensa sudut luas sebenar, tetapi kini mudah didapati dan biasanya lebih murah daripada lensa kamera untuk “full frame”. “Lensa kit” yang dibekalkan bersama ketika anda membeli kamera APS-C sekarang menawarkan jarak zoom yang serba boleh dari WideAngle untuk telefoto pendek (biasanya lensa kit berukuran 18-55mm bersamaan 27 – 80mm)

Kamera dari kumpulan sensor Four Thirds pula menjanjikan badan kamera dan sistem lensa lebih padat. Sistem kamera Four Thirds juga merupakan satu-satunya kumpulan DSLR yang mempunyai sensor yang hampir empat segi tepat bentuknya (rujuk rajah atas) tidak sepertimana yang lain yang menggunakan format 4:3 (empat segi bujur). Sistem ini kini mula mendapat tempat dan sedang “trending”. Format ini asalnya dibangunkan oleh Olympus kini digunakan oleh Olympus dan Panasonic. Berbeza dengan sistem lain di pasaran. Four Thirds tidak berdasarkan kepada mana-mana sistem filem SLR sedia ada dan menggunakan lensa  dan sistem pengacipan yang sama sekali baru. Lensa-lensa telah direkabentuk semula untuk mengeksploitasi kelebihan yang ada pada format tersebut.

 

Sistem Anti Gegar

 

Gambar yang diambil dalam cahaya rendah atau dengan kanta telefoto jauh dengan mudah boleh hancur oleh kesan kabur disebabkan kamera bergoyang semasa mengambil gambar. Penstabil imej (IS – Image Stabilization) direka bentuk untuk mengatasi kesan gegaran kamera dan mengurangkan (atau menghapuskan) kabur. Setiap pengeluar mempunyai nama yang berbeza untuk itu ( ‘Super SteadyShot’, ‘Anti Shake’, ‘pengurangan getaran’, Mega OIS ‘), tetapi rekabentuknya menggunakan salah satu daripada dua teknik. Optical IS bekerja dengan cara menggerakkan elemen kecil di dalam lensa. “Sensor shift” merujuk pada pergerakanan sensor di dalam badan kamera untuk mengurangkan kesan gegaran pada imej yang di rakam.

dslr-5

Sistem penstabil imej akan mengurangkan gegaran disebabkan goyangan kamera, pencahayaan rendah  atau penggunaan lensa telephoto jauh pada kelajuan shutter rendah

 

Sistem penstabilan imej mengurangkan kekaburan yang disebabkan oleh goyangan kamera, membolehkan gambar/imej yang jelas semasa diambil walaupun dalam cahaya rendah, menggunakan lensa telephoto jauh dan kelajuan pengatup kurang dari jarak fokal lensa (Nota : jika lensa 200mm kelajuan pengatup minima perlu diguna ialah 1/250saat minima).

Kedua-dua sistem penstabilan imej akan memberi hasil yang sama. Kedua-duanya akan menghasilkan  imej yang indah dan tajam.

Pada masa ini Sony, Pentax dan Olympus menawarkan sistem penstabilan sensor dalam badan, manakala Canon, Panasonic dan Nikon menawarkan penstabilan dalam lensa.

dslr-6 dslr-7

 

Kepantasan

 

Jika anda  biasa menggunakan kamera kompek, anda akan merasakan satu kelainan bila bertukar ke DSLR walaupun model tersebut merupakan model asas (beginners). Kamera DSLR akan fokus lebih pantas, merakam lebih cepat dan mengambil lebih banyak imej dalam masa yang singkat (Nota : jika kompek boleh merakam 2 bingkai sesaat , DSLR biasanya boleh merakam 5 bingkai sesaat). Semakin tinggi citarasa DSLR anda semakin pantas kebolehan kamera anda memfokas dan merakam imej terutamanya jumlah bingkai per saat yang mampu dirakam. Ciri ini (jumlah bingkai sesaat) ini amat penting kepada jurufoto sukan dan hidupan liar.

Kebanyakan DSLR peringkat “entry level” menawarkan kadar merakam berterusan sekitar 2 atau 3 bingkai sesaat; cukup banyak bagi kebanyakan jurufoto kasual jika kita hanya  merakam kanak-kanak atau haiwan peliharaan yang berlegar di sekitar kita. Kamera dalam kategori ini juga menghadkan jumlah imej yang dirakam serentak (short burst) jika anda mengambil gambar dalam mod RAW.  Namun ianya bukan satu masalah besar untuk pengguna biasa.

Jika anda mempunyai ‘keperluan untuk merakam dalam kelajuan tinggi’ anda perlu memilih kamera gred pertengahan atau separa  profesional. Di sini titik permulaan rakaman adalah 5 bingkai sesaat (jika wang bukan masaalah Canon EOS-1D X Mk II dan Nikon D5 boleh merakam 10 hingga 16 bingkai sesaat masing-masing) Kamera kumpulan ini mempunyai ‘penampan’ (memory buffer) memori yang besar untuk memampung keperluan tersebut. Harga yang perlu anda bayar untuk merealisasikan ke egoan anda ini bermula dari RM 15k hingga RM20K untuk badan kamera sahaja.

 

Saiz, berat dan ketahanan

 

Seperti yang dinyatakan di atas SLRs digital datang dalam pelbagai bentuk dan saiz dari yang padat sebagaimana model asas, peringkat pertengahan dan seterusnya model professional yang macam kereta kebal kehebatanya dan beratnya. Jika anda cenderung untuk melakukan pengambaran dalam persekitaran lembap dan berdebu anda perlu mencari DSLR yang kedap cuaca dan casis aloi magnesium yang kukuh, dan terbina sistem penyingkiran debu untuk menjaga sensor supaya bersih. Kamera begini ada “harga” yang perlu anda bayar !  Namun ada juga DSLR model pertengahan yang menawarkan ciri-ciri di atas. Harganya ? Hampir-hampir mencecah 5 angka.

Sebaliknya, jika anda seorang pelancong dan tidak mahu menggantung dua atau tiga pound (1-1,3 Kg) kamera di leher anda, eloklah cari salah satu generasi baru DSLR ultra ringan dan padat – yang tidak lebih 20 oz / 0.5 kg berat nya termasuk lensa. Tidak kiralah betapa hebatnya kamera anda jika tidak dibawa dan digunakan untuk mengambil gambar jika disebabkan kerana ia terlalu besar atau terlalu berat maka tidak bergunalah ia.

 

Skrin dan live view

 

Salah satu ciri yang membezakan antara DSLR dan kamera kompek ialah anda perlu melihat pemidang tilik dan melihat imajan secara optikal. Imej yang terpapar adalah imej yang sama dilihat lensa sebelum dibenam pada sensor.

Pengguna yang baru beralih dari kamera kompek kepada DSLR biasanya akan melalui kejutan apabila mendapati bahawa mereka tidak boleh menggunakan skrin warna pada belakang kamera untuk membingkai imej sepertimana kamera kompek digital. Namun kini telah ada kamera yang menawarkan ciri tersebut pada DSLR.

 “Live view” bukan tiada kelemahannya; kelemahan utamanya ialah ia melambatkan proses mengambil gambar.  Rekabentuk DSLR memerlukan cermin lantun dalam badan perlu dibalik sehingga membolehkan live view dan dibalik kembali ke bawah untuk memberi tujuan fokas dan merakam imajan. Sesetengah model membolehkan fokus automatik dalam mod live view (tanpa cermin lantun), tetapi ini merupakan proses yang perlahan. Satu-satunya pengecualian adalah Sony, dengan ‘dual sensor’ sistem live view yang unik, yang cepat, tetapi pada masa ini tidak boleh menawarkan resolusi tinggi imej “live view”.

 

dslr-8

Kemajuan teknologi skrin LCD yang pesat amat membantu kebelakangan ini dan telah di manfaatkan sepenuh dalam  bidang pembuatan kamera. Hari ini skrin LCD bersaiz 2.5 atau 3.0 inci berresolusi tinggi merupakan perkara biasa. Sesetengah model menawarkan skrin resolusi sangat tinggi untuk gambar yang ultra-jelas, dan  sudah tentu ini akan meningkatkan harga kamera tersebut.

Itu bukan untuk mengatakan skrin “live view” tidak memberi faedah. Dalam studio umpamanya, keperluan untuk membesarkan sebahagian daripada paparan untuk memeriksa fokus adalah rahmat sebenarnya, kebolehan  untuk anda tidak perlu meletakkan mata ke pemidang tilik dan membolehkan anda mengambil gambar dari kedudukan yang sangat janggal (seperti rendah di atas tanah atau dengan kamera di atas kepala) merupakan satu reality yang tidak terjangkau semasa anda menggunakan kamera analog dulu.

Sesetengah DSLRs kini mempunyai skrin yang boleh digerakan untuk mengubah sudut pandangan mengikut kesesuaian semasa pengambaran. Satu bonus kepada jurufoto.  Perubahan yang dilakukan pada setting kamera, medan pandangan (dept-of–field) dan “white balance”  boleh dilihat kesannya serta merta melalui skrin “live view” ini.

 

Penggunaan Ciri-Ciri Mudah Guna

dslr-9

Panduan atas skrin, mod automatic pintar dan ciri-ciri kemudahan  seperti kamera kompek mula melatari kamera ‘entry level’ kini.

Kelompok DSLR “entry level” untuk pengguna kali pertama atau kepada mereka yang biasa menggunakan kamera kompek kini mula dilengkapi dengan ciri-ciri mudah guna seperti mana sebuah kompek.  Ciri-ciri panduan atas skrin seperti mod dedahan pintar automatic, bantuan atas skrin, ciri pengesan muka (i.e senyum) dan berbagai lagi – anda kena “meneroka”.

 

Ciri-ciri Canggih

 

Walaupun semua SLR digital berkongsi ciri-ciri asas yang sama, namun apabila anda mula mendaki hiraki fotografi anda akan dapati lebih banyak ciri-ciri maju dan butang-butang kawalan yang mungkin penting atau tidak kepada anda. Anda juga akan mendapati bahawa DSLR tahap yang lebih tinggi menawarkan lebih banyak pilihan penyesuaian, membolehkan anda untuk “customized” setiap aspek operasi kamera. Kebanyakan fungsi dan pilihan ini akan menarik minat hanya kepada jurugambar yang lebih berwawasan jauh.

 

Mod Movie

 

Kesan langsung pengenalan “live view” pada DSLR ialah munculnya “HD movie” pada DSLR.  Ciri baru ini mula menonjolkan diri kepada pembuat video amatur dan pembuat video yang serius.   Malah sudah terdapat filem yang diambil sepenuhnya menggunakan DSLR.  Ciri penarik utama kepada pembuat video DSLR ialah saiz sensor yang besar akan menghasilkan kualiti visual yang tinggi walaupun dalam cahaya rendah/suram.  Selain itu kebolehan menukar lensa dan kebolehan menggunakan “Hollywood-style focus effects” pada kerja-kerja produksi video. Teknologi ini telah meneroka dimensi baru dalam bidang kreativi.  Semuanya dalam jangkauan pengguna biasa kini.

 

Ketagihan …

 

Akhirul kalam. Membeli DSLR, kepada ramai orang, hanya langkah pertama kepada apa yang boleh menjadi hubungan “intim” sepanjang hayat dengan sistem kamera tertentu, jadi adalah penting untuk anda melihat ‘gambaran besar’ apabila membuat pilihan anda. Kamera adalah hanya sebahagian daripada peralatan apabila kita bercerita tentang kualiti imajan; lensa juga memainkan peranan amat penting dalam menghasilkan imajan bermutu. Kebanyakan pembuat kamera utama mempunyai pilihan lensa yang  meluas untuk digandingkan dengan sistem kamera mereka. Namun begitu terdapat pembuat lensa bebas yang menawarkan pilihan di pasaran dengan harga mampu milik. Dan masing-masing mempunyai kekuatan kelemahan yang relatif. Jika anda mempunyai keperluan khusus yang memerlukan lensa khusus (atau aksesori lain) adalah satu keutamaan untuk anda melakukan penyelidikan sebelum memutuskan untuk memilih satu sistem kamera. Perbincangan dan membaca forum berkaitan adalah landasan yang baik sebelum anda membuat keputusan.

 

Pengenalan kepada sistem kamera “hybrid” mirrorless

dslr-10

Kamera mirrorless menggunakan sistem mekanikal yang  lebih mudah dengan membuang pemidang tilik optik dan cermin lantun sama sekali. Ini menjadikan saiz kamera menjadi lebih kecil/padat walaupun menggunakan ‘sensor besar’ dengan kualiti imajan setara kamera DSLR.

Peneraju system ini yang dikenali sebagai , Micro Four Thirds (ditawarkan oleh Olympus dan Panasonic) merupakan dua format kamera yang sedikit berbeza. Sekali imbas format Panasonic  adalah seperti DSLR konvensional, lengkap dengan pemidang tilik elektronik yang besar dengan resolusi tinggi. Format kedua (Olympus) lebih mendekati  ke saiz ‘kamera kompak’ dengan menggugurkan terus pemidang tilik dan menggantikan dengan skrin LCD.  Ada sesetengah model menawarkan pemidang tilik elektronik klip sebagai pilihan.

Pada masa ini kamera yang dipanggil ‘hybrid’ telah mula mempunyai pengikut di mana semua pemain utama kamera telah pun mempunyai model Micro Four Thirds masing-masing. Dijangkakan pasaran akan datang mungkin dikuasai oleh format ini terutamanya bagi peringkat kamera DSLR entry level.

 

Kelebihan Kamera Hybrid.

 

  • Lebih kecil, lebih ringan dan biasanya lebih senyap berbanding SLR
  • Kemudahan penggunaan dengan ciri-ciri kamera kompak (seperti pengesan muka)
  • Fungsi intergrasi rakaman video yang lebih baik
  • Pemidang tilik elektronik (viewfinders electronic) biasanya lebih besar daripada DSLR “entry level”
  • Maklumat pengambaran lengkap dan menu dalam pemidang tilik
  • Lensa yang lebih kecil

 

Kelemahan Kamera Hybrid

 

  • Masih kurang pilihan
  • Pilihan lensa masih terhad
  • Autofokas lebih perlahan
  • Pemidang tilik Electronic tidak dapat menandingi kejelasan pemidang tilik optik