Refleksi 1

Berikan refleksi anda terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran apabila diintegrasikan pelbagai  pendekatan pengajaran  dan media pembelajaran.

8 thoughts on “Refleksi 1

  1. saya berasa amat senang dan mudah untuk memahami dan menerima pengajaran dan pembelajaran yang telah diberikan. melalui pelbagai media pengajaran, saya berasa saya lebih mudah untuk menimba pelbagai pengetahuan.
    terima kasih.

  2. Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang diintegrasikan pelbagai pendekatan pengajaran dan media pembelajaran ia memberi idea dan pengalaman baru dalam teknologi pengajaran dan pembelajaran.

  3. Pada pendapat saya, keberkesanan pengajaran dan pembelajran dapat dipertingkatkan lagi melalui penggunaan pendekatan pengajaran dan media pengajaran seperti blog ini “Kenali Fotografi”. Misalnya, melalui blog ini, kita dapat mengeksplore dan belajar banyak tentang teknik-yeknik dan cara-cara mengambil gambar yang menarik. Selain itu, blog ini juga boleh diterpkan dalam bilik darjah untuk mengajar anak-anak murid tentang kemahiran mengambul gambar.

  4. Berikan refleksi anda terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran apabila diintegrasikan pelbagai pendekatan pengajaran dan media pembelajaran.

    Penggunaan teknologi atau ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, bertujuan untuk meningkatkan
    keberkesanan dan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu saya dapat
    menggunakannya secara berfikrah, terancangdan bersesuaian. Penggunaan ICT secara tidak langsung akan membantu dan mendorong kita untuk melakukan anjakan pradigma dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini seterusnya akan melahirkan satu persekitaran pembelajaran yang lebih baik.

  5. Keberkesanan yang lebih efektif dapat dicapai melalui pengintegrasian pelbagai pendekatan pengajaran dan media pembelajaran. Inisiatif ini bukan sahaja dapat mendedahkan para murid dengan pembelajaran ada ke 21 tetapi juga mampu menarik minat murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kaedah ini juga mampu menjadi saluran penyampaian kepada murd agar dapat mengikuti pembelajaran secara optimum. Media pembelajaran memudahkan interaksi berlaku di antara murid dan guru.

Leave a comment