Tips Komposisi

Komposisi

Komposisi merujuk kepada gubahan/membentuk atau rekabentuk dan penyusunan elemen dan kaitannya kepada latarbelakang sesuatu imej.Secara khusus imej yang baik adalah hasil dari penelitian kepada asas elemen komposisi berserta penyesuaian cahaya dan subjek yang menarik. Bagaimanapun tiada cara yang khusus untuk mengambil gambar. Contohnya jika 3 orang jurugambar mengambil pemandangan yang sama, mungkin akan menghasilkan gambar yang sama menarik tetapi dengan komposisi yang berbeza. Dalam penghasilan sesuatu imej yang pentingnya ialah mesej yang hendak disampaikan.

 

  1. Arah Yang Menarik (Point of interest)

poi-2 poi-1

  1. Mengenali satu arah yang menarik sebelum mengambil gambar. Bila anda telah mengenalpasti bahagian yang paling penting barulah anda membentuk untuk memperkuatkannya.
  2. Mempelajari gambar periklanan adalah cara yang baik untuk memahami gambar yang menitikberatkan komposisi.

 2. Kesederhanaan & Mudah– (Simplicity)

simplicity-2 simplicity-1

  1. Pastikan bahawa subjek yang anda hendak penonton melihatnya nampak nyata di dalam imej
  2. Kalau ada banyak objek-objek yang berserak pada latarbelakang, mesej anda tidak akan kesampaian.
  3. Kalau anda tidak dapat mencari sudut yang atau rangka untuk mengasingkan subjek anda, pertimbangkanlah untuk menggunakan kawalan “dept-of field” supaya menjadikan latarbelakang itu luar dari fokus.

 

3.Kontras/Perbandingan/Perbezaan (Contrast)

contrast-1 contrast-3

  1. Subjek yang cerah memberi kesan yang lebih hebat kalau diletakkan berlatarbelakangkan sesuatu yang gelap, dan sebaliknya.
  2. Warna yang berkontras boleh digunakan untuk penekanan tetapi ia boleh menjadi suatu gangguan kalau tidak dipertimbangkan dengan betul atau berhati-hati.

 

4.Keseimbangan ( Balance )

balance-1 balance-3

  1. Keseimbangan tak simetri atau tidak formal biasnya dipandang lebih menyenangkan dalam merakam atau pengimejan fotografi.

Dengan lain perkataan, meletakkan subjek utama OFF CENTRE dan mengimbangkannya dengan WEIGHT (pemberat), objek lain (lebih kecil atau kesan yang rendah (lower impact) akan menjadi lebih berkesan daripada meletakan subjek itu di tengah-tengah. Walaubagaimanapun keseimbangan simetri atau formal masih tetap dapat menyampaikan mesej dan impak dengan jelas dan menyenangkan andainya kena pada tempatnya dan cara penggunaanya.

 

5.  Arah/Hala/Haluan Pergerakan/Arah Aliran ( Direction of Movement )

  1. Bila subjek itu boleh bergerak-gerak seperti binatang atau manusia, adalah lebih baik dan bagus kalau diberi ruang di hadapan subjek itu supaya ianya kelihatan seperti bergerak ke dalam arah itu bukan seperti keluar daripada gambar itu.

6. Garis Serong ( Diagonals )

diagonal-1     diagonal-2

Unsur linear/lelurus seperti jalan dan pagar jika diletak serong secara amnya akan nampak lebih dinamik daripada mendatar atau garis melintang.

7. Hukum Peniga( Rule of Thirds )

rule-of-thirds-1 rule-of-thirds-2

  1. Akhir sekali tetapi tidak kurang pentingnya ialah “Rules of Third “
  2. Ini adalah satu prinsip yang diajar dalam kursus Senireka Grafik dan Fotografi.
  3. Ia berasaskan pada teori bahawa mata dengan semulajadinya akan tertumpu/melihat kepada 2/3 ke atas mukasurat (two-thirds up the page) .
  4. Juga dengan membahagikannya melalui penglihatan (visual) imej kepada 3 bahagian samaada menengak atau mendatar, anda boleh mencapai keseimbangan yang tidak formal atau tidak simitri yang disebut di atas.

8. Garis Melintang(Horizontal Lines )

horizontal-line-1 horizontal-line

  1. Kontras/perbandinan \memainkan peranan yang besar di dalam mendefinasikan garisan secara penglihatan/visual.
  2. Perbandingan antara cahaya dan pembayang, antara bahagian warna yang berbeza, antara tektur, antara bentuk-bentuk dan sebagainya
  3. Ini mewujudkan lokasi statik (tidak bergerak/kaku) tetapi ia juga mengandungi bahagian/ciri arahan yang dinamik dan perjalanan/pergerakan yang mengikut panjangnya.
  4. Garis melintang menunjukan kestabilan (kekukuhan), keberatan, ketenangan dan ketentraman.

9. Garis Menegak ( Vertical Lines.)

vertical-line3 vertical-line-4

  1. Ia adalah komponen utama dalam imej sususk rangka tubuh manusia dan pokok.
  2. Arahnya dalah mengikut tarikan graviti.
  3. Ia mempunyai rasa mengesan kelajuan dan pergerakan.

10. Garis Serong ( Diagonal lines )

diagonal-line-1    diagonal-line-2

  1. Daripada garis garisan yang ada, garis serong memperlihatkan cara yang paling dinamik di dalam gambar.
  2. Penyataan hala dan kelajuan yang lebih terperinci daripada garis menegak.

11. Lengkuk C ( C Curve C )

c-curve-1 c-curve-2

  1. Keistimewaan lengkuk C ialah mempunyai perubahan arah yang progresif jika dibandingkan dengan garis melintang dan menegak.
  2. Lengkuk ini boleh dilihat sebagai satu garisan lurus yang bertukar dengan progresif pada sudut yang berlainan.
  3. Pergerakan dalam lengkuk C adalah lebih dirasai apabila dibandingkan dengan garis lurus.

 

12. Lengkuk S ( S Curve )

s-curve-2 s-curve-1

  1. Jika lengkuk C dan garisan-garisan yang lain ada pergerkan sehala yang bertuju ke satu arah, lengkuk S pula mempunyai pergerakan yang berlawanan arah tetapi masih menuju ke satu hala.
  2. Lengkuk S juga mencerminkan pergerkan yang harmoni.

13. Perspektif (Perspective)

perspective-1 perspective-2

  1. Kemunculan objek yang berkaitan antara satu sama lain dari segi posisi dan jarak.
  2. Ia hanya berlaku dengan sudut pandangan penonton.

14. Bentuk (Form)

Terbahagi 3 : –    a. Segi empat          b. Segi tiga      c. Bulat

  1. Segi Empat – hasil daripada garis lintang dan menegak.
  2. Segi tiga daripada garis serong
  3. Bulat daripada lengkuk.

15. Corak ( Pattern)

pattern-1 pattern-2

  1. Di bentuk dan berulang kali dan dihubungkan dengan kawasan bukan arah.
  2. Kualiti terbaik corak adalah merangkumi kawasan.
  3. Gambar yang menunjukan corak yang paling berkesan adalah yang berlanjutan kepada pepenjuru bingkai.

Dalam lain perkataan, meletakan subjek utama off centre dan mengimbangkannya dengan weight (pemberat), objek lain (lebih kecil)atau kesan yang rendah (lower impact) akan menjadi lebih berkesan daripada meletakkan  subjek itu di tengah-tengah.