PENCAHAYAAN

Hasil Pembelajaran:

Di akhir sesi pelajar (guru pelatih) dapat menjelaskan 

  1.  Teknik  pencahayaan
  2.   Sumber cahaya

Masa

I jam

PENGENALAN

Teknik pencahayaan (lighting) dalam fotografi sangat penting untuk dipelajari dan dipraktik bagi mendapatkan hasil Fotografi yang baik. Cahaya adalah komponen yang penting dalam sesi fotografi. Fotografer yang berpengalaman akan mempertimbangkan arah cahaya, samada cahaya semulajadi atau cahaya buatan. Kualiti cahaya matahari bergantung pada jam dan kedudukan matahari, cahaya matahari pagi adalah berbeza dengan cahaya matahari petang. Berdasarkan arah datangnya cahaya, teknik pencahayaan (lighting) dalam fotografi terbahagi kepada beberapa jenis. Secara umum terdapat tujuh jenis teknik pencahayaan iaitu front light, oval light, side light, rim light, back light, top light, dan ray of light.

               

Sumber:

The Slanted Lens, Laws of Light: 5 Portrait Lighting Setups, https://www.youtube.com/watch?v=D_O6pbT7Ovw

i. Teknik Front Light

 
Front Light, adalah posisi cahaya berada di depan objek, bahagian depan objek akan mendapat cahaya penuh seperti menggunakan lampu flash. Kekurangan teknik front light ialah objek utama akan terkesan datar (flat) atau tanpa dimensi. Kelebihan yang dimiliki dengan menggunakan teknik frontlight ini ialah fotografer memperoleh informasi warna yang dimiliki oleh objek.

ii. Teknik Oval Light


Teknik oval light dalam fotografi merupakan teknik pencahayaan (lighting) yang memanfaatkan arah cahaya yang datang dari sudut 45º dari posisi fotografer berada atau sekitar 3/4 dari posisi objek yang digambarkan. Teknik ini banyak digunakan dalam studio dan dikenal dengan nama rembrant light atau lip. Biasanya digunakan sebagai reflector untuk membantu dalam mengambil gambar dengan teknik pencahayaan ini.

iii. Teknik Side Light


Side Light, adalah posisi cahaya berada pada sisi objek, sehingga bayangan dan terang objek akan terbahagi menjadi dua, bahagian terang dan bayangan akan berada pada posisi yang berlawanan. Karakteristik dari teknik side light ini ialah untuk memunculkan tekstur dari objek yang dipotret. Teknik side light ini juga banyak digunakan untuk foto yang diambil di dalam studio.

iii. Teknik Rim Light


Teknik Rim Light dalam fotografi merupakan teknik pencahayaan (lighting) yang memanfaatkan arah cahaya yang datang dari belakang objek dengan sudut 1/4 objek, sehingga bahagian depan objek akan kelihatan gelap.
Karakteristik dari penggunaan teknik Rim Light ini adalah untuk menampilkan bentuk garis atau kontur yang jelas dan kilauan bahagian tepi belakang objek yang diportret.

iv. Teknik Back Light


Teknik Rim Light dalam fotografi merupakan teknik pencahayaan (lighting) yang memanfaatkan arah cahaya yang datang tepat dari belakang objek yang dipotret. Fotografer berhadapan langsung dengan arah datangnya cahaya (objek membelakangi sumber cahaya).

v. Teknik Top Light

Teknik Top Light dalam fotografi merupakan teknik pencahayaan (lighting) yang memanfaatkan arah cahaya yang datang dari bahagian atas objek yang dipotret, sehingga menghasilkan kilauan rambut (hair light), cahaya terlebih jika sumber cahaya berada agak belakang dari objek. Teknik top light ini digunakan untuk membuat foto yang bahagian atas objeknya memiliki kilauan sehingga menimbulkan kesan yang sangat menarik. Baiasanya digunakan untuk memotret foto butterfly light.

vi. Teknik Down Light


Teknik cahaya dibawah objek, sering digunakan untuk fotografi bagi menimbulkan suasana menyeramkan.

vii. Teknik Ray of Light


Teknik ray of light merupakan teknik yang memanfaatkan karakteristik cahaya, yang muncul melalui sinaran melalui awan, debu dan benda lainnya. Untuk melihat pencahayaan ini, kondisi lingkungan atau tempat jatuhnya sinar harus berada pada latar belakang yang gelap. Ray of light mudah diperolehi pada waktu pagi hari berkabut atau berasap.

SUMBER CAHAYA

Teknik pencahayaan harus dikuasai oleh setiap individu yang ingin menjadi seorang fotografer yang profesional. Di dalam fotografi terdapat 3 jenis sumber cahaya, iaitu:

i. Available Light
Cahaya yang telah tersedia secara alami dari lingkungan persekitaran. fotografer tidak mampu mengatur besar-kecil serta arah penyinaran cahaya tersebut. Seperti matahari, lampu kota, lampu panggung, lampu ruangan. Istilah ini juga disebut sebagai ambient light.

ii. Artificial Light
Cahaya yang sengaja kita buat ketika kita sedang membuat sebuah gambar foto. Fotografer boleh mengawal besar-kecil serta mengubah arah penyinaran dari cahaya tersebut. Contoh seperti lampu studio dan flash/ lampu kilat.

ii. Mix Light
Sebagai penggemar fotografi maupun fotografer profesional, ada ketika kedua-dua sumber cahaya (available dan artificial) digabungkan kedalam sebuah foto. Fotografer boleh menggabungkan beberapa available light misalnya sinar matahari dengan lampu ruangan), dan juga menggabungkan beberapa artificial light misalnya lampu studio dengan flash dan available light dengan artificial light (lampu kota dengan lampu kilat).

Sumber:
https://www.sentradigital.com/memahami-teknik-dasar-pencahayaan-atau-lighting_informasi
https://gofotografer.com/pentingnya-pencahayaan-dalam-dunia-fotografi/
https://lensfotografi.blogspot.com/2015/02/teknik-pencahayaan-lighting-dalam.html
https://gofotografer.com/pentingnya-pencahayaan-dalam-dunia-fotografi/

LATIHAN PENGUKUHAN

1. Mengapakah seorang fotografer perlu menguasai teknik pencahayaan dalam Fotografi?
2. Apakah perbezaan teknik front light dan back light? Apakah kegunaan teknik tersebut?
3. Dalam kumpulan bertiga, ambil gambar berbentuk potrait dengan menggunakan tiga teknik pencahayaan yang berbeza. Jelaskan apakah tujuan setiap teknik pencahayaan yang dipilih.